Welcome visitor you can login or create an account.

Seri Mama Tungku Besi & Sarung

Product Code: SMTB02
Availability: In Stock
Product viewed: 114

Tungku besi telah lama digunakan sejak turun-temurun untuk amalan ibu selepas melahirkan anak.

Bertungku bukan sahaja untuk wanita dalam pantang tetapi boleh juga digunakan untuk melegakan kaki kebas. 

Penggunaan untuk hasil yang optima adalah bersama Sarung tungku herba Serimama

 

Manfaat :

  • Menghilangkan sakit-sakit badan
  • Kurangkan sakit ketika datang bulan
  • Menguruskan badan sebagai ganti sauna dan terapi kecerdasan diri
  • Membuang angin di dalam badan
  • Kembalikan kecergasan badan ibu yang sememangnya lemah selepas bersalin

 

Kelebihan bertungku :

  • Mengecutkan rahim dan segala anggota sekitarnya yang bengkak akibat hamil dan bersalin.
  • Membuang sisa saki baki darah kotor dan toksin yang terdapat di dalam badan
  • Memecahkan lemak dan mulihkan tenaga dengan pantas.
  • Mengembalikan tubuh badan ke bentuk asal seperti sebelum bersalin
  • Memulihkan urat saraf yang berhampiran di sekitar kawasan peranakan

 

Bahagian perlu ditungku?

  • Di sekitar bahagian payudara supaya pengaliran darah menjadi lancar dan melancarkan pengeluaran susu
  • Bahagian ulu hati untuk memecahkan angin di bahagian perut dan ulu hati.
  • Bahagian ketiak kanan dan kiri diikuti belikat kanan dan kiri bagi melancarkan peredaran darah dan mengembalikan tenaga.
  • Di bahagian pelipat, betis dan peha, pinggang dan pergelangan kaki dan tangan.
  • Lakukan di setiap bahagian selama 5-10 minit dan ulang di bahagian lain pula

 

Cara penggunaan:

  • Tungku besi dipanaskan dengan api kecil selama 10-15 minit, masukkan tungku besi yang sudah dipanaskan kedalam sarung tungku herba dan mula bertungku.
  • Letakkan sedikit daun herba ke dalam sarung untuk mengelakkan kain terbakar. Sama ada daun pandan atau mengkudu.
  • Untuk kekalkan kualiti herba, simpan sarung tungku ini di dalam bekas kedap udara. 
  • Jangan basuh sarung tungku herba. 

Write a review

Your Name:

Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



Tags:
×
×
×
×
×
×
×